Sunday, December 25

Yeah2..Homework da siap...

Anyonghaseyo...

gembira sangat coz homework da siap..

kowang semua jgn jelez tau..hehe

ni ade le pic die klau kowang tak caye...

hehe...~kerek plak~


nie BM...hehe...tapi lom bindong lagi...hehe...coz BI dengan Arab lom siap lg...mk sy ckp siap semua bru g binding...hehe


nie folio sains...nie awl2 da siap sbb senang jer...

hehe...

tapi risau lorh sbb cikgu kelas saye punye homework lom siap ag...

die 2....erm tak tahu lorh nk ckp macam mane...
~tak baik tau~hehe...

k lorh...penat lorh tulis...

nak on9 plak...hehe...k bye...

folio Bi mungkin esk atau hari rabu ' KOT'
hehe....

kamsahamida.....hehe...

Friday, December 23

Buat Kawan Tersayang..


Merenang Gelora
(Ruslan bin Ngah)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Tema

Novel ini bertemakan cabaran dan tanggungjawab  seorang pelajar dalam menjalankan tugas sebagai seorang pengawas. Tema ini dijelmakan melalui watak utama, Badri yang menempuh pelbagai cabaran sepanjang menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah yang belum pernah disandang sejak zaman persekolahannya.

Persoalan

i.        Ibu bapa yang mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak terlibat dalam gejala sosial.
Contoh: Shahrul yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya telah terlibat dalam masalah disiplin sekolah dan bercampur dengan kumpulan motor.

ii.        Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.
Contoh: Encik Tan memohon kepada pengetua  supaya  Meng Kong ditempatkan di asrama sekolah supaya anaknya berdisiplin dan berjaya dalam peperiksaan.

iii.        Hasad dengki dalam persahabatan.
Contoh: Shahrul mengarahkan Kumar memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg sekolah Meng Kong supaya Meng Kong dibuang dari asrama.

iv.        Tanggungjawab terhadap tugas.
Contoh: Badri sebagai seorang pengawas terus merujuk Cikgu Jailani sekiranya pelajar terlibat dalam kes disiplin walaupun melibatkan kawannya sendiri Jamil.

v.        Semangat kerjasama dalam menyelesaikan masalah.
Contoh: Siew Mei memberikan maklumat kepada Badri tentang penglibatan Shahrul dan rakan-rakannya dalam penjualan telefon bimbit secara ansuran kepada pelajar di sekolahnya.

vi.        Sikap gigih golongan pelajar untuk mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan.
Contoh: Badri, Siew Mei dan Taufik mengadakan belajar berkumpulan dan akhirnya berjaya memperoleh keputusan 9A dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

vii.        Buruk sangka dalam kalangan pelajar.
Contoh: Shahrul, Kumar, Jamil dan Meng Kong bersangka buruk terhadap Badri sehingga menyimbahkan air ketika Badri berada di dalam tandas sekolah.

viii.        Gejala lumba haram dalam kalangan remaja.
Contoh: Shahrul dan Aziz terlibat dalam perlumbaan haram sehingga hampir ditangkap oleh pihak polis.

ix.        Berdikari untuk mendapatkan pengalaman bekerja.
Contoh: Badri dan Taufik bekerja sambilan di resort bapa saudara Badri sementara menunggu keputusan SPM.

x.        Perpaduan kaum.
Contoh: Badri, Siew Mei,Taufik dan Kumar belajar bersama-sama walaupun mereka berlainan agama dan bangsa.





Plot

i.          Permulaan
·         Pengarang memperkenalkan watak utama, Badri yang baru menyandang jawatan pengawas sekolah.

·         Pada bahagian ini juga diperkenalkan watak Badrul iaitu adik kepada Badri yang cuba mengusik abangnya tentang jawatan pengawas yang baru disandang abangnya. Badri merasakan tanggungjawab menjadi pengawas sekolah merupakan tanggungjawab yang berat yang harus digalasnya.

·         Pada bahagian ini diperkenalkan watak Jamil yang merupakan rakan baik Badri tetapi mereka berbeza dari segi prinsip hidup.

·         Kehadiran seorang pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi satu perselisihan pendapat tentang personaliti Nadira antara Badri dan Jamil tetapi berakhir dengan perdamaian.

ii.         Perkembangan
·         Peristiwa Badri disiram air ketika berada di dalam tandas tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha mencari pelakunya dan akhirnya pelajar yang terbabit dapat ditangkap dan diserahkan kepada guru disiplin.

·         Siew Mei menceritakan kegiatan negatif Meng Kong menjual telefon bimbit dan kad prabayar yang dicuri dari kedai ayah Meng Kong kepada pelajar sekolah. Jamil turut terlibat dalam kegiatan tersebut.

·         Hubungan Badri dengan Jamil semakin renggang kerana Jamil merahsiakan tentang kegiatan penjualan telefon bimbit kepada Badri.

·         Shahrul dan rakan-rakan lumba haram telah diserbu oleh pihak polis ketika Shahrul keluar dengan Nadira.

·         Idham, abang kepada Jamil diberhentikan kerja oleh Encik Tan kerana Meng Kong menuduh Idham mencuri telefon bimbit di kedai bapanya.

·         Masalah kecurian telefon bimbit telah dapat dikesan melalui CCTV yang dipasang di kedai dan di stor milik Encik Tan oleh abang Siew Mei iaitu Ah Meng.

·         Jamil menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki oleh Badri kerana keluarga Jamil merahsiakan keberadaan Jamil.

·         Meng Kong berjaya ditempatkan di asrama dan telah berubah sikap begitu juga dengan Kumar yang telah insaf dengan kesalahan yang dilakukannya.
·         Badri, Siew Mei, Taufik, Nadira dan Kumar telah menduduki peperiksaan SPM manakala Sahrul mengambil peperiksaan di hospital akibat kemalangan.

·         Badri dan Siew Mei mendapat 9A manakala Taufik memperoleh 7A dalam peperiksaan SPM.

·         Encik Tan, bapa Meng Kong berjumpa pengetua untuk menyelesaikan masalah telefon bimbit yang telah dirampas oleh pihak sekolah. Beliau juga memohon agar anaknya ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya berdisiplin dan memberikan tumpuan terhadap pelajaran.

·         Encik Tan meminta maaf kerana anaknya telah menyusahkan murid-murid dan guru-guru di sekolah tersebut. Encik Tan juga meminta anaknya, Meng Kong agar memohon maaf kepada pengetua atas kesalahan yang dilakukan.



iii.            Klimaks
·         Meng Kong, Shahrul dan Kumar dipanggil ke bilik pengetua dan dikenakan hukuman rotan sebanyak tiga sebatan setiap seorang.

·         Kumar ditangkap oleh Badri dan Taufik ketika cuba memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg sekolah Meng Kong. Tujuannya adalah supaya Meng Kong dibuang dari asrama.

·         Peristiwa mengejutkan telah berlaku apabila cikgu Jailani menemui telefon bimbit di dalam beg Badri.

·         Shahrul terlibat dalam kemalangan jalan raya mengakibatkan kakinya tempang sebelah.

iv.            Peleraian
·         Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan bertugas sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur.

·         Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan di UiTM.

·         Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan.

·         Jamil dan Taufik berkongsi membuka resort di Terengganu.

·         Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam jurusan kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka beberapa cawangan bengkel kereta di Kuala Lumpur.
·         Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah butik setelah memperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM.

·         Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi.

·         Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka dan berharap berjaya merenang gelora yang akan mendatang.



Teknik Penceritaan

i.        Pemerian

Contoh: Badri tidak mengendahkan usikan adiknya. Dia menyuap nasi lemak dan mengunyahnya perlahan-lahan.

ii.        Dialog

Contoh: ”Kalau Badrul buat salah, abang jangan tangkap”, usik Badrul lagi.

iii.        Imbas kembali

Contoh: Jamil menjelaskan kehilangannya dari sekolah kerana telah berpindah ke Sarawak ketika bertemu semula dengan Badri di resort kepunyaan Jamil.

iv.        Imbas Muka

Contoh: Kumar mengandaikan sekiranya Meng Kong mengambil stok baharu telefon bimbit dari stor ayahnya pasti dia akan memperoleh keuntungan yang lumayan.


v.        Saspens

Contoh: Kehilangan Jamil di sekolah tidak dapat dijejaki oleh Badri dan rakan-rakannya walaupun telah bertanya kepada ibu bapa Jamil.

vi.        Kejutan

Contoh: Shahrul dan rakan-rakannya terkejut apabila Badri tiba-tiba muncul di pondok tempat mereka berbincang tentang penjualan telefon bimbit.

vii.        Monolog dalaman

Contoh: Shahrul mengucapkan terima kasih kepada Badrul dalam hatinya.



Watak Utama

i.      Badri
·         Anak sulung kepada Mak Siti.

·         Mempunyai seorang adik lelaki bernama Badrul.

·         Berperawakan kemas dan berwibawa dalam menjalankan tanggungjwab sebagai seorang pengawas.

·         Pengawas sekolah.

·         Seorang yang bertanggungjawab.
Contoh: Badri seorang yang bertanggungjawab kerana telah berjaya menyelesaikan masalah disiplin seperti penjualan telefon bimbit di sekolah.

·         Seorang yang berdisiplin.
Contoh: Dia tidak pernah melanggar peraturan sekolah sepanjang bergelar pelajar melalui pengetahuan adiknya.

·         Seorang yang menepati masa.
Contoh: pada pukul 6.40 pagi Badri  tidak pernah terlewat menunggu bas  awam untuk pergi ke sekolah.

·         Seorang yang setia dalam persahabatan.
Contoh: Badri berkawan baik dengan Jamil walaupun beliau telah mengetahui bahawa Jamil turut terlibat dalam kes pejualan telefon bimbit di sekolahnya.

·         Seorang yang berani menghadapi cabaran.
Contoh: Badri bersikap berani menghadapi cabaran dalam menangani masalah murid yang berlagak ala samseng,dan sengaja melanggar disiplin sekolah.

·         Seorang yang rajin mengulang kaji pelajaran.
Contoh: Badri mengajak Siew Mei dan Taufik membentuk kumpulan belajar.

·         Seorang yang berpendirian teguh. Contoh, Badri tidak menghiraukan tentang usikan rakan-rakannya mengenai hubungannya dengan Nadira dan Siew Mei.




Watak Sampingan

i.      Shahrul
·         Murid dari kelas 5 Cergas.

·         Bersahabat baik dengan  Kumar dan Meng Kong.

·         Berasal daripada  keluarga berada.

·         Seorang yang ego.
Contoh: Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres kerana selama ini dia tinggal di rumah banglo.

·         Seorang yang materialistik.
Contoh: Shahrul telah terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit yang dicuri semata-mata untuk memperoleh wang bagi membeli barangan mewah dan berjenama.

·         Seorang yang tidak menepati masa.
Contoh: Shahrul tidak menepati masa dan selalu terlewat ketika berjanji temu dengan Nadira.

·         Seorang yang suka berfoya-foya.
Contoh: Shahrul bercampur gaul dengan kumpulan budak-budak motor dan melepak di kompleks beli-belah.

·         Seorang yang gemar makan makanan barat.
Contoh: Shahrul sering mengunjungi sebuah restoran barat di pusat beli-belah.

·         Seorang yang buruk sangka.
Contoh: Shahrul menganggap Badri berlagak menjadi pengawas.


·         Seorang yang panas baran.
Contoh: Shahrul mencekak kolar baju Kumar semasa memujuk Kumar mengikut arahannya untuk menjual telefon bimbit secara ansuran.

·         Seorang remaja yang mudah terpikat dengan gadis cantik.
Contoh: Shahrul  berani membawa Nadira keluar bersiar-siar menaiki motosikal.

ii.    Nadira
·         Seorang pelajar perempuan.

·         Baru berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah ke Kuala Lumpur kerana mengikut ayahnya bertugas di sana.

·         Merupakan sahabat Badri dan Jamil dalam kelas 5 Bestari.

·         Seorang yang tidak tegas pendirian.
Contoh: Nadira mudah dipengaruhi oleh Shahrul bahawa Badri turut terlibat dalam masalah disiplin seperti membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun sebenarnya Badri telah dianiayai oleh Shahrul.

·         Seorang yang mengalami kejutan budaya.
Contoh: Setelah berada di Kuala Lumpur dan berkawan dengan Shahrul, Nadira memakai jeans ketat dan baju senteng.



·         Seorang yang tidak mendengar nasihat.
Contoh: Nadira tidak mendengar nasihat Badri agar tidak terpengaruh dengan Shahrul yang suka menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah serta boleh menjejaskan masa depannya.

·         Seorang yang suka membazirkan masa.
Contoh: Nadira sering membazirkan masa dengan bersiar-siar menaiki motosikal dan melepak di kompleks beli-belah bersama-sama Shahrul.

·         Seorang yang tidak menghormati orang lain.
Contoh: Nadira meninggikan suara ketika kakaknya, Nurul Ain menegur tentang pakaiannya yang agak terdedah dan mencolok mata.

iii.   Meng Kong
·         Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon bimbit.
·         Sahabat kepada Badri.
·         Seorang anak yang tidak jujur.
Contoh: Meng Kong mencuri kad prabayar dan telefon bimbit dari kedai ayahnya sendiri lalu dijual kepada murid-murid di sekolahnya.

·         Seorang yang mata duitan.
Contoh: Meng Kong sanggup mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya untuk mendapatkan wang sehingga mencecah hampir dua ribu ringgit.

·         Seorang yang telah insaf akan kesalahan yang dilakukan.
Contoh: Setelah bapanya mengetahui perbuatan jahatnya melalui rakaman CCTV dia memohon maaf daripada ayahnya dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.

·         Seorang yang patuh dan taat kepada ibu bapa.
Contoh: Meng Kong sanggup tinggal di asrama sekolah sepertimana yang diarahkan oleh bapanya.

iv.   Cikgu Jailani
·         Guru Matematik dan guru disiplin sekolah.
·         Seorang yang tegas.
Contoh: Dia mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin.



·         Seorang yang adil.
Contoh: Dia mengarahkan supaya para pengawas mengawasi kawasan sekitar sekolah secara bergilir-gilir dalam bentuk berpasukan yang terdiri daripada 3 orang pengawas dalam satu pasukan.

·         Seorang yang rasional.
Contoh: Cikgu Jalani menyelidiki kes Badri disimbah air ketika berada di dalam tandas dan kes telefon bimbit yang dijumpainya di dalam beg sekolah Badri.

·         Seorang yang bertolak ansur.
Contoh: Walaupun Kumar kerap melakukan kesalahan tetapi setelah Kumar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, akhirnya Cikgu Jailani tidak menggantung persekolahannya.






Latar

Latar Tempat    
i.        Tepi tasik
Contoh: Badri berjoging pada waktu pagi.

ii.        Pondok kecil
Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong duduk berbincang tentang aktiviti menjual telefon bimbit dan kad prabayar.

iii.        Rumah Badri
Contoh: Ibu Badri iaitu Mak Siti menyediakan sarapan.

iv.        Tempat menunggu bas
Contoh: Badri dan Badrul menunggu bas untuk ke sekolah.

v.        Blok C bangunan sekolah
Contoh: Tempat Badri bertugas sebagai pengawas sekolah pada hari yang ditetapkan.

vi.        Tandas sekolah
Contoh: Badri disimbah air ketika berada di dalam tandas.


vii.        Kelas 5 Bestari
Contoh: Kelas Jamil dan Badri belajar bersama-sama.

viii.        Kedai telefon bimbit Encik Tan
Contoh: Tempat Idham, dan Ah Meng bekerja sebagai pembantu kedai.

ix.        Stor dan kedai telefon bimbit Encik Tan
Contoh: Meng Kong mencuri telefon bimbit dan kad prabayar di kedai Encik Tan iaitu bapanya sendiri.

x.        Rumah Pak Alang
Contoh: Badri ke rumah Pak Alang untuk mempelajari ilmu persilatan.

xi.        Kompleks beli-belah
Contoh: Tempat kegiatan melepak Shahrul, Kumar dan Meng Kong selepas sesi persekolahan dan pada hujung minggu.

xii.        Resort Jamil
Contoh: Tempat pertemuan semula antara Badri, Jamil dan Taufik selepas masing-masing berjaya menamatkan pelajarannya di universiti dan berjaya dalam kerjaya masing-masing.



Daisypath Happy Birthday tickers